English
welcome-to-mec

PENGENALAN

Minyak sawit adalah satu komoditi yang penting. Ia merupakan tulang belakang ekonomi Malaysia yang digunakan secara meluas dalam pelbagai aplikasi makanan dan bukan makanan di seluruh dunia; termasuklah sebagai bahan bakar bio yang mesra alam.

Selami latar belakang minyak sawit, sumbangannya kepada Malaysia dan dunia di sini dan sertai peraduan di penghujung laman ini untuk memenangi hadiah-hadiah bulanan yang menarik.

Peraduan ini bermula dari 8 Januari – 31 Disember 2019.

speakers

SAWIT

Sawit (Elaeis guineensis) ialah sejenis tanaman minyak sayuran yang menghasilkan minyak sawit. Ia ditanam secara komersil di Asia Tenggara dan beberapa negara lain.

CIRI – CIRI UTAMA SAWIT:

Berpokok :  sawit boleh membesar sehingga 25 meter tinggi


Tanaman saka : sawit mempunyai jangka hayat yang panjang. Kebiasaannya, ia akan ditanam semula apabila umurnya mencecah 25 tahun

 

Berbuah sepanjang tahun : sekali berbuah, sawit akan terus mengeluarkan hasil tanpa henti di sepanjang tahun


Cekap :
buah sawit menghasilkan dua jenis minyak sayuran yang berbeza iaitu minyak sawit daripada sabut (mesokarpa) dan minyak isirung sawit daripada biji (kernel).


Sangat produktif:
sawit menghasilkan 5 – 10 kali ganda lebih banyak minyak sayuran dalam sehektar berbanding tanaman kacang soya, biji sesawi dan bunga matahari.

 

welcome-to-mec-two

SEJARAH

Berasal dari Afrika Barat, sawit diperkenalkan di Malaya (sekarang Semenanjung Malaysia) sebagai pokok hiasan pada 1875.

Henri Fauconnier

 Ia hanya mula dikomersialkan pada 1917 apabila Henri Fauconnier, seorang usahawan dari Perancis, menanamnya di Ladang Tennamaram di Selangor untuk mendapatkan minyaknya. Peristiwa ini dianggap sebagai perintis kepada pertumbuhan industri minyak sawit di Malaysia.

 

welcome-to-mec-two-two

MEMBASMI KEMISKINAN

Sawit telah berjaya meningkatkan taraf hidup dan menyelamatkan beribu-ribu petani kecil daripada belenggu kemiskinan di Malaysia.

Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (FELDA) mula melatih penduduk miskin sebagai peneroka tanaman getah di skim pembangunan tanah rancangannya di luar bandar.

Sawit mula ditanam di FELDA Taib Andak di Johor.

Sawit menggantikan getah sebagai tanaman utama FELDA.

112,635 penduduk miskin di luar bandar telah berjaya mendapat pekerjaan tetap apabila FELDA menamatkan pengambilan peneroka. 80% daripada jumlah tersebut merupakan petani sawit.

Bilangan petani kecil yang bergantung pada tanaman sawit telah meningkat kepada 650,000 orang di seluruh Malaysia.

welcome-to-mec-two-two-two

PUSAT PENYELIDIKAN SAWIT


Sektor penyelidikan memainkan peranan penting dalam industri minyak sawit Malaysia sejak dari awal lagi. Bermula dengan pembiakan benih pada tahun 1920-an, skop sektor ini telah dipertingkatkan ke bidang genetik, fisiologi tanaman, pemprosesan, pemakanan, pembangunan produk, bahan bakar bio, biomas dan sebagainya.

Pembangunan pesat sektor ini telah menghasilkan beberapa pencapaian utama khususnya:

 


Tenera sebagai spesis pilihan tanaman sawit pada hari ini.

Spesis Tenera menjadi pilihan utama kerana ia menghasilkan 30% lebih banyak minyak sayuran berbanding spesis Dura.

 

Pengenalan pelbagai produk hiliran minyak sawit untuk kegunaan industri makanan.


_

Pemetaan keseluruhan genom sawit.

Sebagai pengiktirafan ke atas pelbagai pencapaiannya yang cemerlang, Malaysia hari ini dikenali sebagai pusat penyelidikan sawit yang terunggul di dunia.

welcome-to-mec-two-two-two-two

MANFAAT KESIHATAN

Minyak sawit telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) & Pertubuhan Pemakanan dan Pertanian (FAO) sebagai makanan yang menyihatkan, berkhasiat dan sesuai dimakan oleh seluruh penduduk dunia. Ia juga sangat sesuai dijadikan pengganti untuk minyak sayuran terhidrogenasi yang dikaitkan dengan lemak trans yang berbahaya kepada kesihatan.

Khasiat Minyak Sawit :

  BEBAS daripada kolesterol, lemak trans dan manipulasi genetik

mudah dicerna, diserap dan digunakan sebagai sumber tenaga dalam badan

kaya dengan antioksidan Pro-Vitamin A karotena dan Vitamin E tokotrienol



mengandungi komposisi asid lemak tidak tepu & asid lemak tepu yang seimbang iaitu kira-kira 50% setiap bahagian.

Khasiat Vitamin E Tokotrienol Sawit:



Membantu mencegah serangan strok

Membantu mencegah serangan penyakit jantung


Meningkatkan fungsi sistem imun badan

Membantu menurunkan kandungan kolesterol


Melindungi daripada penyakit tulang rapuh (osteoporosis)

 


Mengawal kandungan lemak dalam hati


Lebih berkesan berbanding anti-oksidan Vitamin E tokoferol

 

welcome-to-mec-two-two-two-three

APLIKASI BUKAN MAKANAN

Minyak sawit dan minyak isirung sawit merupakan bahan mentah utama dalam industri oleokimia.

Oleokimia adalah sebatian kimia yang mesra alam dan kerap ditemui dalam pelbagai barangan pengguna seperti alat-alat penjagaan diri dan kosmetik, sabun, bahan pencuci, cecair pembunuh kuman, dakwat,  bahan salutan dan sebagainya.

Dengan bekalan minyak sawit dan minyak isirung sawit yang konsisten, Malaysia mula membangunkan industri oleokimianya pada tahun 1980an dengan menghasilkan sebatian asas oleokimia seperti asid lemak, lemak beralkohol, metil ester dan gliserin daripada minyak sawit dan minyak isirung sawit. Selepas beberapa tahun dibangunkan, industri oleokimia tempatan mula menghasilkan produk-produk derivatif dan produk-produk pengguna.

Pada hari ini, Malaysia merupakan negara pengeluar utama sebatian oleokimia dunia dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 2.67 juta tan setahun atau sekurang-kurangnya 20% daripada jumlah pengeluaran dunia.

welcome-to-mec-two-two-two-four

PENERAJU KEMAMPANAN

Malaysia adalah negara pengeluar dan pengekspot minyak sawit mampan yang terkemuka di dunia.

2004
Persidangan Meja Bulat Minyak Sawit Mampan (RSPO) ditubuhkan untuk menggubal prinsip & kriteria pengeluaran minyak sawit mampan.


2008

Malaysia menjadi negara pertama di dunia yang menghasilkan dan mengekspot minyak sawit mampan yang memenuhi piawaian RSPO.

2015
Kerajaan Malaysia memperkenalkan skim pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sebagai alternatif kepada RSPO.


2018
1.44 juta hektar atau 25% daripada jumlah kawasan penanaman sawit dan 131 kilang sawit di  Malaysia telah menerima pengiktirafan MSPO.

_
2019
Kawasan hutan kekal merangkumi 55.5% keluasan tanah di Malaysia. Ini masih lagi tinggi berbanding paras lantai 50% yang Malaysia telah umumkan di Persidangan Kemuncak Dunia di Rio de Janeiro pada 1992.

welcome-to-mec-two-two-two-six

SERTAI PERADUAN

Bermula dari 8 Januari – 31 Disember 2019, sertai peraduan atas talian kami dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah hebat seperti telefon pintar iPhone, iPad, Go Pro kamera dan banyak lagi!

Peraduan ini terbuka kepada orang ramai di seluruh dunia

BACA TERMA & SYARAT-SYARAT

welcome-to-mec-two-two-two-seven

HUBUNGI KAMI

Tel : +6(03) – 7806 4097
Fax : +6(03) – 7806 2272
E-Mail : info@lovemypalmoil.com.my
Berhubung dengan Kami

Contact Us

For inquiries, please contact : Tiffany 012 -378 8683 tiffany@propertyinsight.com.my