TERMA & SYARAT-SYARAT

ARTIKEL 1: PENGANJUR

Majlis Minyak Sawit Malaysia [MPOC], sebuah agensi kerajaan tidak berasaskan keuntungan di bawah Kementerian Industri Utama Malaysia, sedang menganjurkan satu peraduan di atas talian tanpa sebarang pembelian dari  8 Januari – 31 Disember 2019.

ARTIKEL 2: PERADUAN

Peraduan ini merupakan sebahagian daripada kempen “Sayangi Sawitku” yang dianjurkan oleh MPOC di sepanjang tahun 2019. Ia bertujuan mendorong orang ramai mempelajari tentang Minyak Sawit Malaysia, kepelbagaian kegunaannya, khasiatnya serta peranannya dalam pembangunan lestari. Peraduan ini boleh dicapai melalui:

ARTIKEL 3:  SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 

  • Peraduan ini terbuka kepada orang ramai di seluruh dunia. Peserta juga mesti berumur 7 tahun dan ke atas.
  • Semua warga pekerja MPOC dan juga pertalian, subsidari, rakan-rakan perniagaan dan ahli-ahli keluarga terdekat tidak layak menyertai peraduan ini. 
  • Peserta peraduan ini perlu mematuhi peraturan dan semua peruntukan, terma & syarat dan undang-undang berkaitan dengan peraduan tanpa pembelian ini. Kegagalan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan akan mengakibatkan pembatalan penyertaan secara automatik. Sebarang percubaan untuk mengganggu atau menghentikan operasi normal peraduan ini juga boleh menyebabkan penyingkiran peserta yang terbabit.
  • Para peserta bersetuju pada sepanjang masa bahawa MPOC mungkin akan menggunakan nama dan maklumat peribadi mereka untuk tujuan promosi atau pengiklanan, dan tanpa membayar sebarang pampasan atau pertimbangan lain yang sewajarnya kepada mana-mana peserta yang terlibat.
  • Peserta juga bersetuju bahawa semua maklumat peribadi yang terdapat dalam borang peraduan ini mungkin akan dikumpulkan dan digunakan. Maklumat ini hanya untuk tujuan pentadbiran peraduan ini sahaja dan tidak akan disalahgunakan untuk tujuan lain tanpa mendapatkan persetujuan peserta yang terbabit terlebih dahulu.

ARTIKEL 4: LANGKAH-LANGKAH MENYERTAI PERADUAN

Untuk menyertai peraduan ini, peserta perlu:

  1. Melayari laman sesawang peraduan di www.lovemypalmoil.com.my/contest/bm atau di halaman Facebook
  2. Isi borang peraduan
  3. Hantar jawapan dan dengan berbuat demikian bersetuju dengan Terma & Syarat-Syarat yang ditetapkan untuk peraduan ini

 ARTIKEL 5: PEMILIHAN PARA PEMENANG

  • Setiap peserta boleh menghantar sebanyak mungkin borang penyertaan yang diinginkan tetapi mereka hanya layak memenangi 1 unit hadiah bulanan dan hadiah utama sahaja.
  • Borang penyertaan yang diterima selepas 31 Disember 2019 (GMT +8, waktu Malaysia) tidak akan dikira dalam proses pemilihan pemenang.
  • Hanya borang penyertaan yang menjawab semua soalan dengan betul layak untuk dikira dalam pemilihan pemenang.
  • Pemilihan semua pemenang akan dijalankan secara rawak menggunakan perisian elektronik atas talian.
  • Sekiranya pemenang, atau dalam apa-apa jua keadaan, tidak boleh menerima hadiahnya, penganjur berhak menggunakan budi bicaranya untuk mencari pengganti kepada pemenang yang terlibat. Jika pemenang yang terlibat gagal memaklumkan kepada pihak penganjur dalam masa yang ditetapkan, penganjur berhak untuk tidak mencari pengganti kepada pemenang tersebut dan hadiah yang terlibat akan disimpan.
  • 5 pemenang yang berlainan akan diumumkan setiap bulan untuk menerima hadiah bulanan yang ditetapkan manakala 1 pemenang akan diumumkan selepas tamat peraduan ini untuk menerima hadiah utama.

ARTIKEL 6: HADIAH PERADUAN

Hadiah-hadiah peraduan ini ialah:

  1. Hadiah bulanan dari Januari – Disember 2019
  1. 1 unit Apple iPad 9.7 inci [32GB, wi-fi sahaja]
  2. 1 unit kamera GoPro Hero
  3. 3 naskhah buku resipi Minyak Sawit Malaysia

    2. Hadiah Utama: 1 unit iPhone XS [64 GB]

Tertakluk kepada budi bicara pihak penganjur, lebih banyak hadiah untuk peraduan ini akan disediakan dari masa ke semasa. Hadiah-hadiah ini akan diumumkan dalam laman sesawang peraduan dan laman Facebook dengan sewajarnya.

ARTIKEL 7: PARA PEMENANG

  • Para pemenang akan diumumkan melalui e-mel atau telefon.
  • Para pemenang juga mungkin diumumkan melalui cara lain, tetapi tidak terhad, seperti dalam akhbar atau rangkaian media sosial [Facebook,Twitter dan sebagainya].

ARTIKEL 8: GANTI RUGI

MPOC tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya terdapat apa-apa gangguan terhadap fungsi internet, mana-mana komputer atau peranti komunikasi yang menghalang peserta daripada menyertai peraduan ini atau mengganggu kelancaran operasi peraduan ini. MPOC juga tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk mana-mana tindakan pihak ketiga dalam penyalahgunaan internet.

Walaupun MPOC sedaya upayanya berusaha untuk menyediakan peserta dengan maklumat dan / alat yang boleh diakses dan disahkan, ia tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk sebarang kesilapan [terutamanya dalam paparan laman sesawang peraduan dalam laman Facebook] atau kehilangan maklumat dan kehadiran virus dalam laman sesawang peraduan ini.

Penyertaan dalam peraduan ini dianggap sudah mengambil maklum tentang pengetahuan dan penerimaan ciri-ciri mengenai internet dan batasan kemampuannya serta ketiadaan perlindungan data tertentu yang telah disediakan untuk menghadapi kemungkinan penyalahgunaan atau cetak rompak. Peserta perlu mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk melindungi maklumat peribadi mereka atau perisian dalam komputer atau peralatan telefon daripada sebarang serangan. Semua individu yang melayari laman sesawang dan menyertai peraduan ini hendaklah berbuat demikian di atas risiko mereka sendiri. MPOC juga tidak akan bertanggungjawab atau tertakluk kepada kejadian:

  • Masalah akses internet
  • Masalah perkakasan atau perisian
  • Pemadaman atau kehilangan data yang diberikan oleh peserta atas sebab-sebab yang tiada kaitan dan di luar kawalan pihak MPOC
  • Kesilapan oleh manusia atau disebabkan oleh kerosakan/gangguan bekalan elektrik

MPOC juga tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk sebarang kelewatan dalam komunikasi melalui e-mel. Sebarang tuntutan mestilah dihantar secara terus kepada pembekal perkhidmatan internet [ISP] oleh peserta yang terlibat. Jika kelancaran peraduan ini terganggu atau diganggu dan ia terjadi di luar kawalan MPOC, MPOC juga berhak untuk menggantung atau menghentikan peraduan ini dengan serta merta.

Terma dan syarat-syarat ini tertakluk kepada perubahan semasa dan tanpa notis. Syarat-syarat lain mungkin akan dikenakan.