Hari CEO di Universiti Putra Malaysia

Sempena dengan kempen sepanjang tahun “Sayangi Minyak Sawitku”, MPOC menganjurkan Hari CEO@UPM 2019 untuk para pelajar dan pendidik di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang, Selangor, baru-baru ini.

Di majlis ini, Timbalan Menteri Industri Utama, Y.B. Datuk Seri Shamsul Iskandar Haji Mohd Akin, melancarkan Persatuan Tenera UPM (TENERA) yang merupakan inisiatif di antara Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan UPM. TENERA menyediakan maklumat terkini dan tepat berkaitan industri minyak sawit Malaysia untuk manfaat para pelajar institusi tinggi khususnya di UPM. Selain pelancaran ini, beberapa peneraju industri sawit negara juga telah dijemput untuk berkongsi pengalaman mereka dalam industri sawit dengan para pelajar dan pendidik.

Kira-kira 1,000 peserta dan pemilik gerai-gerai pameran telah hadir untuk menjayakan Hari CEO@UPM 2019 ini.