Di Permulaan

Pokok minyak kelapa sawit (Elaeis guineensis) bukanlah pokok yang tumbuh secara tiba-tiba ataupun ditemui oleh nenek moyang kita secara kebetulan.

Sebaliknya, ia diperkenalkan kepada kita sebagai tumbuhan hiasan pada tahun 1870-an oleh penjajah British, yang telah membawanya daripada South Afrika ke Kew, England sebelum ia dipindahkan ke Tanah Melayu.

Walau bagaimanapun, hanya selepas penanaman komersil pertama oleh Henri Fauconnier pada tahun 1917, potensi ekonomi sawit ditemui. Penemuan tersebut telah menjadi asas industri minyak sawit di Malaysia sepertimana yang kita saksikan hari ini.

102 tahun kemudian, Malaysia kini merupakan penanam dan pengeksport minyak sawit kedua terbesar di dunia.

Tentang Kempen Sayangi Sawitku

Kempen Sayangi Sawitku adalah satu inisiatif oleh Kementerian Industri Utama untuk menanam kebanggaan dan juga untuk menghargai sumbangan Minyak Sawit Malaysia terhadap negara kita dan juga seluruh dunia.

Kempen ini merangkumi aktiviti promosi di peringkat kebangsaan melalui elemen pendidikan dimana gabungan daya tarikan visual dan media sosial ditumpukan lebih keatas lima teras minyak sawit Malaysia.

Berikut adalah Prinsip LMPO.
Berikut adalah Prinsip LMPO.

Sayangi Rakyatku.

Salah satu manfaat perladangan sawit adalah untuk membasmi kemiskinan. Ini dapat dilihat dari segi produktivi dan pulangan ekonomi yang tnggi serta permintaan buruh yang meningkat sejak digunakan seawal tahun 1960-an. Ekoran itu, ia juga memberi peluang kepada golongan miskin untuk mendapatkan pekerjaan dan menghantar anak mereka ke sekolah. Sehingga kini, usaha ini telah membantu kira-kira sejuta orang daripada belengu kemiskinan.

Sayangi Makananku.

Minyak sawit sesuai untuk digunakan untuk semua keperluan memasak termasuklah makanan bergoreng. Ini kerana ia mempunyai titik asap yang tinggi, membolehkan pengguna untuk menghasilkan pelbagai makanan lazat seperti rendang dan nasi lemak tanpa menjejaskan aroma dan rasa asli makanan.

Sayangi Negaraku.

Malaysia merupakan penanam dan pengeksport minyak sawit kedua terbesar di dunia. Disamping menyediakan ribuan peluang pekerjaan, ia turut membantu negara dari segi pulangan pendapatan tahunan yang konsisten bernilai berbillion ringgit. Sejak 2010, industri minyak sawit telah menyumbang pendapatan purata sebanyak RM68.4 bilion setahun

Sayangi Planetku.

Minyak Sawit Malaysia mengamalkan Amalan Pertanian Baik (GAP) di dalam sektor perladangan. Ini termasuk tanaman penutup tanah, tiada pembakaran terbuka, mengitar semula sisa pertanian, tiada cemaran gas metana dan pengurusan perosak bersepadu. Selain itu, 54% daripada kawasan tanah di Malaysia dipelihara sebagai hutan simpanan kekal untuk tujuan pemuliharaan biodiversiti dan hidupan liar.

Sayangi Kesejahteraanku.

Minyak Sawit Malaysia mempunyai khasiat nutrisi yang tinggi. Ia juga bebas daripada kolestrol, lemak trans disamping kaya dengan antioksidan pro-vitamin A dan Vitamin E tocotrienols. Antioksidan ini melindungi anda daripada penyakit degenerasi neuron, serangan strok, penyakit jantung, penuaan, osteoporosis (tulang berliang) dan lain-lain lagi.