Program Kedutaan Pelajar Minyak Sawit

Melalui Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Kementerian Industri Utama telah membangunkan Program Kedutaan Pelajar Minyak Sawit Malaysia dimana ianya melibatkan  pelajar dari seluruh institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Objektif program ini adalah untuk mendidik para belia tentang minyak sawit serta sumbangannya terhadap negara kita. Dimana ia merangkumi ceramah tentang pengunaan minyak sawit dari segi kesihatan, kepentingan sokongan belia dan kemudian diakhiri dengan sesi interaksi bersama Menteri Industri Utama, YB Teresa Kok.

Ini adalah sebahagian daripada usaha untuk menyedarkan rakyat akan kepentingan industri minyak sawit di Malaysia disamping membebaskan nama minyak sawit Malaysia daripada tuduhan-tuduhan tidak berasas, khususnya daripada kempen anti-minyak sawit yang sedang berleluasa di barat.

Melalui fakta dan maklumat yang dikongsi, para belia diharap dapat menilai dengan lebih baik tuduhan yang ditujukan terhadap minyak sawit Malaysia dan kemudian, bertindak untuk mempertahankan minyak sawit Malaysia.

Program Kedutaan Pelajar Minyak Sawit Malaysia dibuka untuk semua institusi pelajaran tinggi awam dan swasta.